Wednesday, June 19, 2013

Biskut Raya


BISKUT DENMARK
Salam buat semua yang sudi melawat blog saya. Saya seorang ibu tunggal yang cuba mengambil peluang perniagaan ini bagi mendapatkan promosi bagi hasil tangan saya. Biskut denmark merupakan antara biskut yang paling mendapat sambutan ramai kerana rasanya yang gebu dan lemak. Ianya adalah resepi lama yang saya dapati dan sejak dari mula saya membuatnya, ramai orang gemar akan rasanya yang gebu, lembut dan berlemak. Ditambah dengan keranggupan kacang diluarnya dan disalut dengan coklat yang berkualiti. Walaupun harga barangan seperti butter, coklat, kacang dan lain lainnnya agak mahal tetapi saya tetap memberikan harga yang termampu oleh semua.  Tempahan diterima sepanjang masa walaupun bukan dihari perayaan.










BISKUT MAKMUR
Ikut resepi lama menggunakan minyak sapi yang berkualiti. Agak lembut dan gebu. Sekarang saya telah menghasilkan biskut makmur yang diadun dari keju.
Rasanya yang lebih sedap tetapi harganya agak lebih sedikit memandangkan harga krim keju dipasaran agak mahal. Didatangkan dalam kuantiti yang kecil sedari 20 biji sebalang tertakluk kepada perubahan bekas dan harga







KEK COKLAT
Sila lah cuba dengan harga yang berpatutan


CRUNCH HONEY CORNFLAKES
Keranggupan cornflakes ditambah dengan rasa badam, kuaci, lenga yang ranggup menyebabkan ianya tidak jemu dikunyah dan sangat disukai oleh anak anak. Keranggupannya bertahan lama dan tidak mudah masuk angin sekiranya disimpan dalam tempat yang kedap udara. Mengikut resepi istimewa dari orang lama juga. Juga didatangkan dalam kuantiti yang kecil seperti 20 biji keatas dan perubahan tertakluk kepada bekas dan harga.


Bagi pembaca blog yang disayangi, saya cuma mengeluarkan hasil biskut lama yang telah dijalankan selama bertahun tahun yang mana saya lebih yakin kepda mutu dan rasanya yang tidak berubah. Buat teman teman yang membuat biskut moden dan terbaru saya memberi sepenuh sokongan kepada anda untuk memeriahkan lagi dunia perniagaan biskut ini. Semoga rezeki yang kita sama sama cari diberkati Allah tanpa rasa cemburu dan dengki. Marilah kita sama sama membantu untuk mencari keberkatan rezeki di bumi Tuhan. 
Pada sesiapa yang berminat sila hubungi saya di talian 019-4492956 atau ditalian 0164773570 yang beralamatkan di Pulau Pinang. Penghantaran percuma disekitar Pulau Pinang.